Music In ME

Search This Blog

Wednesday, 1 February 2012

Taj Mahal

gambaran Taj Mahal, India

Taj Mahal terletak di tebing sungai Jumna berhampiran Agra, India merupakan makam yang dibina oleh maharaja Shah Jehan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Ia mula dibina pada 1632 dan siap pada 1648.

Taj Mahal adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lauhari. Taj mahal merupakan kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid menara tinjau dan lain-lain. Bangunan ini dikatakan permata senibina Islam. Pada tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilingdungi.

gambaran Mumtaz Mahal

gambaran maharaja Shah Jehan


Taj mahal dibina dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat dari marmar putih serta seni mozek yang indah. Taj Mahal murupakan satu dari 7 benda ajaib dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk, berlian, jed, kristal, topaz dan nilam digunakan. Pembinaan Taj Mahal memakan masa 22 tahun.

Ayat dari Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf Khat Thuluth menjadi seni huruf utama. Juru khat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah surah 91, 112, 89, 93, 95, 94, 36, 81, 82, 84, 98, 67, 48, 77 dan surah 39.

Apabila Taj Mahal telah siap dibina Shah Jehan telah menjatuhkan hukuman pancung terhadap Ustaz Ahmad Lauhari dan semua penukang yang terlibat dalam pembinaan dipotong tangan supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jehan seorang yang sentimental dan tidak terbukti kezalimannya.



Setelah Taj Mahal siap dibina Shah Jehan telah digulingkan oleh anaknya lelakinya Aurangzeb. Shah Jehan telah ditahan di rumah berdekatan pelabuhan Agra. Disana beliau meninjau makam Taj Mahal. Setelah meninggal dunia Aurangzeb mengkebumikan ayahnya disebelah makam isterinya.

Pada abad ke-19 banyak lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, Tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata di dinding Taj Mahal.

Hujung abad ke-19, George Nathaneil Curzon yang menjadi wizurai British di India telah mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.

Ketika perang dunia kedua 1942, dindingnya rosak akibat serangan udara tentera Jerman dan Jepun. Ketika perang India-Pakistan 1965 dan 1971 Taj Mahal turut menerima kesan dari serangan udara.

Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.


Terdapat mitos yang mengatakan Shah Jehan mahu membina bangunan yang sama dan diberi nama 'Taj Hitam' diseberang sungai Jumna. Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier, seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665 tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke laut, tetapi jejak eskavasi ke dalam sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar yang bewarna putih sahaja.






No comments:

Post a Comment