Music In ME

Search This Blog

Tuesday, 31 January 2012

Tembok Besar China

gambaran tembok besar China

Tembok besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar tahun 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China dari serangan puak Mongol

Panjang tembok tersebut adalah kira-kira 6,400km dari Shanghaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di seblah tenggara wilayah Xinjiang. Pada tahun 2009, satu tinjauan arkeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok dengan segala cabangnya menjangkau 8,851.8km (5,500.3 batu)

gambaran dari menara pemerhati



Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan maharaja pertama Dinasti Qin. Ia telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada zaman negara-negara berperang. Tembok besar asal terletak lebih utara dari tembok yang wujud kini dan hujungnya sampai ke Korea Utara. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama telah musnah.

Kerajaan telah mengerahkan ramai petani untuk membinanya dan ramai yang terkorban, oleh itu ia juga digelar kubur terpanjang di bumi.


Tembok besar yang wujud kini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda negeri China. Panjang Tembok besar Dinasti Ming bermula dari timur kubu Shanhai, melalui 9 wilayah, 100 daerah dan 500km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian barat kini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu pada hujung jalan sutera.



No comments:

Post a Comment