gambaran Masjid Kubah Batu
Kubah Batu juga dikenali Qubbat As-Shakrah (arab) ialah antara senibina islam yang tercantik di dunia. Kubah Batu bukanlah sebuah masjid sebaliknya adalah sebuah kompleks yang terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad S.A.W berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Kubah Batu terletak di Baitulmuqqadis. Kubah Batu juga dianggap suci kepada umat islam kerana ia terdapat dalam kawasan Al Haram Al Sharif.
Kubah Batu merupakan seni binaan agung islam yang pertama dibina diantara tahun 687 M sehingga tahun 691 M oleh khalifah Abdul Malik ibni Marwan, Khalifah kerajaan Ummaiyyah. Ia dibina setengah kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
Kubah Batu terkenal dengan keindahan dan kehalusan seni binanya. Kubahnya amat terkenal diliputi oleh batu marmar yang mahal dan cantik bagi memperindahkan lagi seni binanya. Ia juga dijadikan Tapak Warisan Dunia PBB. Kubah emasnya disalut emas hasil dari bantuan Arab Saudi.
Kubah Batu sering kali disalah anggap sebagai Masjid Umar, iaitu tempat Saidina Umar menunaikan solat ketika ditawarkan bersembahyang di gereja besar Kristian. Kubah Batu juga sering disalah anggap sebagai Masjid Al-Aqsa. Walaupun Kubah Batu terletak di dalam kawasan Al Haram Al Sharif namun ia bukanlah Masjid Al-Aqsa kerana Masjid Al-Aqsa terletak tidak jauh darinya.
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment