Music In ME

Search This Blog

Tuesday, 31 January 2012

Tembok Besar China

gambaran tembok besar China

Tembok besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar tahun 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China dari serangan puak Mongol

Panjang tembok tersebut adalah kira-kira 6,400km dari Shanghaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di seblah tenggara wilayah Xinjiang. Pada tahun 2009, satu tinjauan arkeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok dengan segala cabangnya menjangkau 8,851.8km (5,500.3 batu)

gambaran dari menara pemerhati



Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan maharaja pertama Dinasti Qin. Ia telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada zaman negara-negara berperang. Tembok besar asal terletak lebih utara dari tembok yang wujud kini dan hujungnya sampai ke Korea Utara. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama telah musnah.

Kerajaan telah mengerahkan ramai petani untuk membinanya dan ramai yang terkorban, oleh itu ia juga digelar kubur terpanjang di bumi.


Tembok besar yang wujud kini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda negeri China. Panjang Tembok besar Dinasti Ming bermula dari timur kubu Shanhai, melalui 9 wilayah, 100 daerah dan 500km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian barat kini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu pada hujung jalan sutera.



Tasik Bercahaya di GIPSLAND

Satu fenomena aneh telah berlaku di Tasik Gippsland, Australia dimana tasik tersebut kelihatan seperti menghasilkan cahaya biru yang hanya kelihatan di waktu malam. Fenomena ini berlaku dengan kehadiran mikroorganisma yang menghasilka luminescent semulajadi mereka. Ia menjadikan tasik tersebut sebgai salah satu tarikan pelancongan yang indah dan unik.




gambaran seorang lelaki yang masuk ke dalam tasik ini


Petra

gambaran Petra, Jordan

Petra atau dalam bahasa arabnya bermaksud 'batu' adalah sebuah kota bersejarah yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina pada kira-kira kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea. Ia meupakan satu simbol bagi Jordan. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah, lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba.



Petra telah dipilih sebagai 7 keajaiban baru dunia pada tahun 2007 dan menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC sebagai satu dari '40 tempat yang anda perlu lihat sebelum anda mati'.

Tapak ini tidak diketahui oleh dunia barat sehingga tahun 1812 apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland, Johann Ludwig Burckhardt.

bahagian dalam Petra Hallway

teater Petra



Menara Pisa

gambaran menara condong Pisa, Italy

Menara condong Pisa atau Menara Pisa (La Torre Di Pisa) merupakan menara loceng, atau menara genta yang berdiri bebas bagi gereja di bandar Pisa Italy. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di dataran gereja di Pisa.

Meskipun menara ini sepatutnya tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173. Asas yang lemah dan substrat longgar menyebabkan menara ini  beranjak ke arah barat daya.



Tingginya 55.86m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 86.70m (186.02 kaki) di sisi tertingginya.
Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09m (13.42 kaki) sementara di aras atas lebarnya ialah 2.48m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan 14,500 tan metrik. Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah

aksi kreatif pengunjung ketika bergambar di menara Pisa



Machu Picchu

gambaran Machu Picchu, Peru

Machu Picchu yang bermaksud 'gunung tua' dalam bahasa quechua juga sering dikenali sebagai kota Inca yang hilang. Ianya adalah sebuah lokasi runtuhan yang terletak di wilayah pergunungan yang mempunyai ketinggian sekitar 2350m diatas permukaan laut. Machu Picchu terletak diatas lembah Urubamba  di Peru, sekitar 70km ke barat laut Cusco


Machu Picchu merupakan simbol kerajaan Inca yang paling terkenal. Ia dibangunkan sekitar tahun 1450 tetapi ditinggalkan 100 tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki kerajaan Inca. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahli arkeologi dari universiti Yale yang bernama Hiram Bingham III pada tahun 1911.

Machu Picchu dibangunkan dengan gaya Inca kuno. Bangunan utamanya ialah intihuatana, kuil matahari dan ruangan tiga jendela. Tempat-tempat ini desebut sebagai Distrik Sakral. Tapak warisan tersebut telah dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1983. Machu Picchu juga merupakan salah satu dari  7 keajaiban dunia.


gambaran kuil matahari

gambaran intihuatana

Monday, 30 January 2012

Patung Moais di Pulau Easter


gambaran patung moais di Pulau Easter, Chile

Pulau Easter (Isla de Pascua), Chile, Amerika Selatan merupakan pulau terpencil dan kaya dengan budaya lama. Seorang pengembara Eropah yang bernama Jacob Roggeveen telah menamakan pulau tersebut Pulau Easter (Paasch Eylandoleh) yang kebetulan tiba di pulau tersebut pada hari Easter 288 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1722. Pulau tersebut juga dikenali sebagai Big Rapa atau Rapa Rui dalam kalangan penduduk tempatan.

 Patung gergasi yang terdapat di pulau ini dinamakan sebagai patung Moais, ianya juga dikenali sebagai Megalith. Patung yang paling berat dipercayai mempunyai keberatan 75 tan dengan ketinggian menjangkau 9.9 meter. Ianya dibina dari ukiran tanah, lumpur serta abu dari gunung berapi. Terdapat hampir 600 patung 
Moais yang telah diukir oleh penduduk asal pulau tersebut. Ia melambangkan kepercayaan terhadap nenek moyang mereka yang telah mati dan mereka percaya roh nenek moyang mereka melindungi mereka dari bencana yang melanda pulau tersebut.

Bagaimana terhasilnya patung Moais tersebut masih menjadi misteri dan keajaiban dunia kerana misteri cara penghasilannya masih tidak terungkai dan bagaimanakah patung yang berat bertan-tan tersebut diangkat.