Music In ME

Search This Blog

Friday 24 August 2012

prelaunchX Invitation

click here --> prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX


anda hanya perlu mendaftar menggunakan email
dan akan diberikan akaun sendiri

tidak memerlukan bayaran atau wang

semuanya dibayar Dolar kepada anda

tidak rugi mencuba kerana anda tidak akan rugi

Tuesday 24 July 2012

Colosseum

Gambaran struktur Colosseum di Italy


Colosseum atau nama asalnya Flavian Amphitheatre adalah sebuah monumen terbuka separa bulat, berpentas dan mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukkan di zaman Rom kuno.


Pembinaan colosseum dimulakan oleh Maharaja Vespasian diantara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada awal tahun 80 oleh anak lelakinya Titus.


Colosseum adalah salah satu dari tujuh keajaiban dunia yang berasal dari zaman pertengahan awal. Ia terletak di Rom, yang merupakan ibu kota bagi Italy moden.


Colosseum di waktu siang

Colosseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak disambar petir. Ia telah dibaiki pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukkan perlawanan gladiator sehingga ia pertunjukkan tersebut beransur-ansur dihentikan.

Colosseum di waktu malam

Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis binatang sehingga tahun 524. Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakkan teruk pada bangunan tersebut. Semasa zaman pertengahan, bangunan tersebut mengalami kerosakkan yang lebih teruk akibat gempa bumi pada tahun 847 dan 1349.

Peta lokasi Colosseum

Friday 3 February 2012

Buddha Gergasi Leshan

gambaran Buddha Gergasi Leshan, China.

Buddha Gergasi Leshan telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907). Ia telah diukir daripada permukaan gunung yang terletak di kuala pertemuan sungai Minjiang, Dadu dan Qinyi di bahagian selatan wilayah Sichuan yang berdekatan Kota Leshan, China.

Arca patung ini menghadap gunung Emei dengan sungai yang mengalir di bawah kakinya. Ia merupakan batu berukir Buddha yang terbesar di dunia dan pada saat pembinaan ia merupakan patung Buddha tertinggi di dunia.

Gunung Emei disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1996.



Pembinaannya bermula pada tahun 713, dipimpin oleh seorang biarawan China bernama Haithong. Dia berharap Buddha akan menenangkan air sungai. Dia dikatakan telah mencungkil matanya sendiri untuk menunjukan ketulusannya. Selepas kematiannya, pembinaan terbengkalai kerana kekurangan dana. 70 tahun kemudian, Jiedushi memutuskan untuk menaja projek dan pembangunan diselesaikan oleh murid-murid Haitong pada tahun 803.







Candi Borobudur

gambaran Candi Borobudur, Jawa Tengah, Indonesia

Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro, Kabupateng Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Candi tersebut terletak kira-kira 100km di barat daya Semarang dan 40km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2,500km persegi.

Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan merupakan monumen Buddha yang terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 M oleh pemerintah Jawa dinasti Sailendra dan Sanjaya.



Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun sambutan hari Wesak diadakan di Candi tersebut pada bulan Mei. Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu Islam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut agama Buddha di Indonesia yang tertumpu di Bali.

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur terdapat stupa induk berbentuk loceng yang berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagia puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak di dalam stupa loceng yang berlubang-lubang

Borobudur ini dihiasi dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Kira-kira 55,000m padu konkrit digunakan untuk membina bangunan tersebut. Batu-bata diangkut melalui sungai dan mengambil masa 75 tahun untuk disiapkan. Sistem saliran di candi tersebut amat baik dan mempunyai 100 muncung berlubang untuk air larian. Setiap muncung diukir kepala Gargoil (Makaras).

Borobudur telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.




gambaran Gargoil (Makaras)

Asal usul istilah Borobudur tidak jelas kerana penduduk setempat tidak lagi menganut agama Buddha. Penduduk pulau mistik Jawa telah lama melupakan agama Buddha dan kini 99 peratus rakyat Indonesia menganuti agama Islam.





Thursday 2 February 2012

Kubah Batu

gambaran Masjid Kubah Batu

Kubah Batu juga dikenali Qubbat As-Shakrah (arab) ialah antara senibina islam yang tercantik di dunia. Kubah Batu bukanlah sebuah masjid sebaliknya adalah sebuah kompleks yang terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad S.A.W berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Kubah Batu terletak di Baitulmuqqadis. Kubah Batu juga dianggap suci kepada umat islam kerana ia terdapat dalam kawasan Al Haram Al Sharif.



Kubah Batu merupakan seni binaan agung islam yang pertama dibina diantara tahun 687 M sehingga tahun 691 M oleh khalifah Abdul Malik ibni Marwan, Khalifah kerajaan Ummaiyyah. Ia dibina setengah kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

Kubah Batu terkenal dengan keindahan dan kehalusan seni binanya. Kubahnya amat terkenal diliputi oleh batu marmar yang mahal dan cantik bagi memperindahkan lagi seni binanya. Ia juga dijadikan Tapak Warisan Dunia PBB. Kubah emasnya disalut emas hasil dari bantuan Arab Saudi.




Kubah Batu sering kali disalah anggap sebagai Masjid Umar, iaitu tempat Saidina Umar menunaikan solat ketika ditawarkan bersembahyang di gereja besar Kristian. Kubah Batu juga sering disalah anggap sebagai Masjid Al-Aqsa. Walaupun Kubah Batu terletak di dalam kawasan Al Haram Al Sharif namun ia bukanlah Masjid Al-Aqsa kerana Masjid Al-Aqsa terletak tidak jauh darinya.





Istana Batu Karang

gambaran Coral Castle

Istana Batu Karang atau Coral Castle yang terletak di Homestead, California merupakan salah satu bangunan paling misteri di dunia. Yang menjadikan bangunan ini sangat istimewa dan misteri ialah keseluruhan bangunan ini dibina seorang diri oleh Edward Leedskalnin, seorang warga Amerika Syarikat yang berasal dari Latvia.

Moon pond yang dihasilkan dari batu karang



Ed membina istana tersebut dengan batu karang yang beratnya menjangkau 30 tan sebuah. Ed juga membina istana tersebut seorang diri tanpa bantuan orang lain dan juga tanpa bantuan jentera berat. Disinilah terletak misteri Istana Coral, bagaimana seorang yang lelaki kecil yang tingginya 1.5m (5 kaki) dapat membina istana yang dianggarkan menggunakan lebih dari 1000 tan batu karang untuk menghasilkan dinding dan menaranya. 

Pintu 9 tan yang boleh berayun




Stonehenge

gambaran Stoneghenge, Wiltshire England

Stonehenge merupakan satu binaan zaman gangsa dan neolitik yang terletak berhampiran Amesbury di Wiltshire, England. Ia terletak sekitar 13 kilometer (8 batu) ke barat laut Salisbury. Stonehenge merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan yang dikenali sebagai  megalith. Terdapat pertikaian mengenai usia sebenar bulatan batu, tetapi kebanyakan ahli kaji purba mengandaikan bahawa sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2500 SM hingga 2000 SM. Bulatan tambak tanah dan parit membentuk  fasa pembinaan tugu Stonehenge yang lebih awal iaitu sekitar 3100 SM.



Stonehenge dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986.

Kompleks Stonehenge dibina dalam beberapa fasa pembinaan merangkumi tempoh selama 2,000 tahun. Pengkebumian mayat seorang Saxon yang dipancung telah dibongkar di tugu peringatan tersebut dan bertarikh abad ke-7 AD.